Tuesday, December 8, 2015

PEMBENTANGAN TENTANG KERTAS KERJA

Assalamualaikum , pada hari ini kami kumpulan Unggun Api dikehendaki membuat pembentangan mengenai kertas kerja yang telah ditugaskan oleh Encik Muiz pada awal semester.

Hari ini , Encik Muiz telah meminta kami meletakkan video pembentangan kami di dalam blog ini.
Kertas kerja kami adalah mengenai program yang bakal dijalankan pada 12 Disember iaitu " Academic Explorace " bertempat di Taman Botani Negara, Shah Alam.

Tujuan utama kami dalam menyediakan kertas kerja ini adalah untuk memohon tajaan , sumbangan dalam membantu menjayakan program ini. 




Sekian sahaja tamat kelas rekreasi pada sem ini .

Kami Kumpulan Unggun Api ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas tunjuk ajar dari Encik Muiz dan ingin memohon maaf di atas kesilapan yang telah kami lakukan dan juga tentang kelewatan kami ke kelas yang menyebabkan kami banyak ketinggalan berbanding kumpulan lain .

Sekian, terima kasih .






Monday, December 7, 2015

KELAS PERBINCANGAN MENGENAI QUIZ & PRESENTATION

Assalamualaikum , hari ini kami telah membuat perbincangan dengan Encik Muiz berkaitan dengan quiz dan presentation.
Kami berbincang mengenai hari apa yang hendak dijadikan sebagai tarikh untuk melakukan presentation, apa yang perlu dibawa dan apa yang perlu dihantar dan disediakan.

Selain itu, kami berbincang lebih lanjut mengenai kertas kerja kami iaitu kesesuaian tempat yang dipilih, tajuk yang dipilih dan perkara-perkara yang lain.

Encik Muiz juga berkesempatan untuk menerangkan quiz yang bakal dimuat turun secara online untuk dilakukan oleh kami pada hari apa dan pukul berapa.  

Selepas berlakunya perbincangan tentang banyak perkara, kelas pun berakhir.

Wednesday, November 11, 2015

KELAS UJIAN STAMINA & ORIENTEERING

Assalamualaikum , kami mulakan kelas pada hari ini dengan melakukan ujian stamina iaitu dengan berjogging dalam tempoh dan jarak yang ditetapkan oleh Encik Muiz.
Selepas itu, kami mulakan permainan orienteering dalam kawasan yang ditetapkan oleh Encik Muiz iaitu melalui Pusat Sukan, Stadium, Perindu, Dataran Cendekia. 

Kami diberi tempoh masa yang tertentu untuk mencari setiap titik kawalan dan dikehendaki mengambil tali yang diikat oleh pihak pemain yang lain sebagai tanda kami telah menjumpai titik kawalan tersebut.

Berikut merupakan gambar yang diambil ketika permainan orienteering dijalankan:







KELAS ORIENTEERING

Assalamualaikum, hari ini kami kumpulan unggun api belajar berkaitan permainan orienteering.
Kami belajar cara untuk menggunakan kompas, cara untuk belajar membaca kompas dan cara untuk membuat satu peta untuk digunakan oleh kumpulan lain .

Permainan orienteering merupakan satu permainan yang melibatkan penggunaan kompas dan peta.
Dalam permainan ini, pemain dikehendaki mencari beberapa titik kawalan yang diletakkan di kawasan yang tertentu.
Peserta yang dapat menemui semua titik kawalan dan sampai di garisan penamat dalam masa yang singkat dikira pemenang.


Kami belajar untuk bermain permainan di dalam kawasan yang kecil dahulu hanya untuk memberi pemahaman yang betul mengenai permainan ini.


KELAS TEKNIK MENGANGKAT ORANG YANG CEDERA


Assalamualaikum , hari ini kami belajar tentang teknik mengangkat orang yang cedera semasa
kecemasan tanpa menggunakan tandu.






Kami belajar untuk mereka bentuk tandu dengan menggunakan dua batang kayu dan dua helai kain batik seperti di bawah:








Kami belajar untuk mengangkat mangsa dengan menggunakan cara yang betul. Kami diminta oleh Encik Muiz untuk mengelilingi kawasan itu untuk biasakan diri dalam keadaan membawa mangsa dalam tempoh yang lama .

KELAS RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

 Assalamualaikum , hari ini merupakan kelas yang ketiga .
Pembelajaran hari ini adalah mengenai pertolongan cemas yang melibatkan tentang prinsip
rawatan secara am.Kami telah belajar bagaimana untuk memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaaan yang mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.

Rawatan pendarahan luaran secara umum yang pertama seperti luka-luka kecil yang memerlukan pembalutan kecil seperti plaster, atau luka kecil yang ada benda asing yang.

Pembalutan adalah pula cara untuk mencegah kuman, menyerap kotoran keluar seperti darah atau tanah dan mengawal pendarahan atau melindung luka.

Kepatahan adalah juga merupakan salah satu kecederaan yang sering dialami oleh mangsa iaitu kecederaan tulang, sendi atau otot disebabkan oleh pukulan secara langsung, pukulan sipi, kecederaan otot, terseliuh dan dislokasi.

Terdapat beberapa tanda yang boleh dilihat jikalau terdapat kecederaan tulang iaitu rasa sakit, tidak berupaya menggerakkan anggota cedera, bengkak atau kedudukan yang tidak normal.

Andoh atau balutan patah boleh dilakukan kepada mangsa patah tulang tangan atas, patah tulang dagu, atau patah tulang patah dan sebagainya.


Gambar di atas merupakan cara bagaimana untuk membalut luka di bahagian kepala .

Selain itu, kami juga turut belajar untuk membalut luka di tapak tangan, bahagiann tangan dan cara untuk mengangkat orang yang cedera ke atas bahu.