Wednesday, November 11, 2015

KELAS RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

 Assalamualaikum , hari ini merupakan kelas yang ketiga .
Pembelajaran hari ini adalah mengenai pertolongan cemas yang melibatkan tentang prinsip
rawatan secara am.Kami telah belajar bagaimana untuk memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaaan yang mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.

Rawatan pendarahan luaran secara umum yang pertama seperti luka-luka kecil yang memerlukan pembalutan kecil seperti plaster, atau luka kecil yang ada benda asing yang.

Pembalutan adalah pula cara untuk mencegah kuman, menyerap kotoran keluar seperti darah atau tanah dan mengawal pendarahan atau melindung luka.

Kepatahan adalah juga merupakan salah satu kecederaan yang sering dialami oleh mangsa iaitu kecederaan tulang, sendi atau otot disebabkan oleh pukulan secara langsung, pukulan sipi, kecederaan otot, terseliuh dan dislokasi.

Terdapat beberapa tanda yang boleh dilihat jikalau terdapat kecederaan tulang iaitu rasa sakit, tidak berupaya menggerakkan anggota cedera, bengkak atau kedudukan yang tidak normal.

Andoh atau balutan patah boleh dilakukan kepada mangsa patah tulang tangan atas, patah tulang dagu, atau patah tulang patah dan sebagainya.


Gambar di atas merupakan cara bagaimana untuk membalut luka di bahagian kepala .

Selain itu, kami juga turut belajar untuk membalut luka di tapak tangan, bahagiann tangan dan cara untuk mengangkat orang yang cedera ke atas bahu.



No comments:

Post a Comment